Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Sunday, 11 December 2011

Doa selepas Azan dan Iqamah

Doa selepas azan atau iqamah adalah sebagaimana berikut;


(Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mii'ad.)

Maksudnya: "Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. "

Perkara sunat semasa Azan dan Iqamah

Semasa Azan.
1. Dilakukan di tempat yang tinggi seperti menara.
2. Dinyaringkan suara.
3. Dilafazkan secara tertil.

Semasa Iqamah.
1. Dilakukan di tempat didirikan solat.
2. Diperlahankan suara.
3. Dilafazkan dengan cepat.

Saturday, 10 December 2011

Soalan latihan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Azan adalah menandakan ...............................waktu solat pada waktunya.

2. Orang yang melaungkan azan digelar muazin atau ............................

3. Iqamah adalah ...............................untuk mendirikan solat.

4. Hukum Azan dan Iqamah ialah ..........................................................

5. Seruan Iqamah dilafazkan .............................. mendirikan solat.

6. Azan hanya dilaungkan oleh orang ........................... sahaja.

7. Azan dan Iqamah juga biasa dilakukan ketika ...........................

8. Semasa melaungkan Azan disunatkan menyaringkan ......................

9. Semasa melaungkan Iqamah disunatkan memperlahankan......................

10. Iqamah dilafazkan dengan .........................

Azan dan Iqamah

Hukum Azan dan Iqamah.

Hukum Azan dan Iqamah ialah sunat Muakad ( iaitu sunat yang sangat dituntut dalam Islam ).

Lafaz Azan.

Saturday, 19 November 2011

Solat Jumaat ialah solat fardu  (duarakaat ) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor , dan ia dilakukan secara berjemaah  selepas mendengar Khutbah Jumaat . Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain , iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi kemasjid  untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Hadis tentang Solat Jumaat

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Syarat wajib solat Jumaat

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan sepertimasjid , dewan , padang  dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah - rujuk (Khutbah Jumaat ).

Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalahwajib fardu ain  ke atas setiap individu muslim . Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor  seperti biasa:
  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

  1. Mandi sunat  hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. Bersugi .
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat Iktikaf .
  9. Solat sunat  Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan berzikir , membaca Al Quran  dan berselawat  ke atas Nabi.

Rujukan

AZAN DAN IQAMAH
TAYAMMUM
pengertian azan dan iqamah
Azan ialah lafaz-lafaz tertentu yang dilaungkan untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu.

Sunday, 30 October 2011

PENGENALAN DIRI DAN TOPIK PENGAJARAN

NAMA : AMINUDDIN BIN SULAIMAN.
NO.MATRIK; D046764.
TOPIK PENGAJARAN: AZAN DAN IQAMAH.


Takrif Azan dan Iqamah :
Azan ialah lafaz-lafaz tertentu untuk memberitahu orang ramai telah masuknya waktu solat. Manakala Iqamah pula ialah lafaz-lafaz tertentu untuk mengajak orang ramai segera mendirikan solat.